BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:: MENU ::

HOME      KEKELUARGAAN      DOWNLOAD

DASHBOARD

   

Saturday, March 27, 2010

:: HARI LAHIR KU ::


Selaut kesyukuran kepada Allah Taala yang telah memberi peluang kepadaku untuk menghirup udaraNya utk terus hidup.Hari ini adalah Hari Lahirku 28 Mac 2010..makanya genaplah umurku 22tahun...orang yg pertama wish kpdku ialah isteriku,idayu binti wahed..hehehe..ingt jugak yer kat abg ni yer..terharu dan happy,walaupon tiada hadiah cukuplah kesetiaannya membuatku bahagia.alhamdulillah..

Sebenarnya aku semalam lagi dah kena balik kaherah ada mesyuarat SUA,mesyuarat terakhir sebelum Muktamar..boleh pulak aku mai lewat mesyuarat tu..selalunya kalu mesyuarat kat kaherah aku mesti punctual.Boleh pulak mesyuarat kali terkhir ni aku wat silap..adeh..

Pengajaran bagi aku..betapa sayang Allah kat aku,isteriku pesan mujur time mesyuarat kalu time exam huii naya jer.Inilah peringatan agung drpd Allah Taala.Mulai saat ini,aku kena berubah..dah jadi suami orang dah,xlama lagi jadi bapak..

Terima kasih kpd mak yang telah melahirkan aku.Sebenarnya hari lahirkan,kita yg kena ucap tq kat mak kita sempena susah payah beliau melahirkan kita.Terima kasih kat ayah jugak sebab bela bagi makan,bagi kawin,bagi pelajaran dan sebagainya sampai sekarang dah besar panjang.

Sekarang ni kan,setiap hala tuju kita mesti igt Allah.Nak balik kaherah ke nk pi kuliah k nak pi kedai ka semua kena igt Allah.Study pon kena igt Allah..ucap syukur atas nikmatNya..Firman Allah"dan jika kamu syukuri nikmatku pasti akan ku tambah lagi nikmat,dan jika kamu kufur nikmatku maka azabKU amatlah pedih".

Cara nak bersyukur:

  1. Cuba buat amalan sunat tambah dari semasa ke semasa(solat qobliah ba'diah,dhuha,tahajjud)
  2. Tiada hari tanpa al Quran
  3. Gunakan nikmat kelebihan dgn cara yg betul
  4. Sedekah/Berkongsi nikmat dgn org lain/belanja.(lagi Allah buka pintu rezeki)
  5. Jagalah suruhan dan larangannNya.
Nasihat buat diriku dan semua..Doakan aku menjadi hamba Allah yang TAAT.amin.