BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:: MENU ::

HOME      KEKELUARGAAN      DOWNLOAD

DASHBOARD

   

Saturday, March 27, 2010

:: HARI LAHIR KU ::


Selaut kesyukuran kepada Allah Taala yang telah memberi peluang kepadaku untuk menghirup udaraNya utk terus hidup.Hari ini adalah Hari Lahirku 28 Mac 2010..makanya genaplah umurku 22tahun...orang yg pertama wish kpdku ialah isteriku,idayu binti wahed..hehehe..ingt jugak yer kat abg ni yer..terharu dan happy,walaupon tiada hadiah cukuplah kesetiaannya membuatku bahagia.alhamdulillah..

Sebenarnya aku semalam lagi dah kena balik kaherah ada mesyuarat SUA,mesyuarat terakhir sebelum Muktamar..boleh pulak aku mai lewat mesyuarat tu..selalunya kalu mesyuarat kat kaherah aku mesti punctual.Boleh pulak mesyuarat kali terkhir ni aku wat silap..adeh..

Pengajaran bagi aku..betapa sayang Allah kat aku,isteriku pesan mujur time mesyuarat kalu time exam huii naya jer.Inilah peringatan agung drpd Allah Taala.Mulai saat ini,aku kena berubah..dah jadi suami orang dah,xlama lagi jadi bapak..

Terima kasih kpd mak yang telah melahirkan aku.Sebenarnya hari lahirkan,kita yg kena ucap tq kat mak kita sempena susah payah beliau melahirkan kita.Terima kasih kat ayah jugak sebab bela bagi makan,bagi kawin,bagi pelajaran dan sebagainya sampai sekarang dah besar panjang.

Sekarang ni kan,setiap hala tuju kita mesti igt Allah.Nak balik kaherah ke nk pi kuliah k nak pi kedai ka semua kena igt Allah.Study pon kena igt Allah..ucap syukur atas nikmatNya..Firman Allah"dan jika kamu syukuri nikmatku pasti akan ku tambah lagi nikmat,dan jika kamu kufur nikmatku maka azabKU amatlah pedih".

Cara nak bersyukur:

  1. Cuba buat amalan sunat tambah dari semasa ke semasa(solat qobliah ba'diah,dhuha,tahajjud)
  2. Tiada hari tanpa al Quran
  3. Gunakan nikmat kelebihan dgn cara yg betul
  4. Sedekah/Berkongsi nikmat dgn org lain/belanja.(lagi Allah buka pintu rezeki)
  5. Jagalah suruhan dan larangannNya.
Nasihat buat diriku dan semua..Doakan aku menjadi hamba Allah yang TAAT.amin.

Saturday, February 27, 2010

:: nasi Lemak ::

semalam 27hb Feb 2010,merupakan kali kedua aku berjaya buat nasi lemak tahun ni..mana lagi belaja sendiri la ikut buku resipi mak aku bagi..menjadi jgk tau..4hari sblm tu aku test wat buat pertama kali..fail gak la sambal xbaper nk jadi..nsi plak mmber aku yg buat.tapi semalam memang semua aku wat sendiri..dari buat sambalnya,tanak nasi,goreng bilis,kacang rebus telur..perit gak nk siapkan suma tu.

Akhirnya,segala penat lelah aku ni berhasil..Aku jemput kawan2 buat usrah mai umah..yg bestnye siap tambah lagi tu..cuma silap skit sambal xcukup..huhuhu.licin sambal aku.mak kata laku kan..huhuhu.

Saturday, February 20, 2010

Pengalaman Baru yang tidak ada di Kuliah

Alhamdulillah..aku baru je selesaikan separuh tanggungjawabku sebagai Pengarah..banyak pengalaman yang aku dapat.apa yang penting rasa puas dan seronok bila bersama kawan2 yang lain bersama sama buat kerja..semoga semuanya berjalan lancar..banyak lagi yang aku perlu pelajari..lepas ni kena makluman BKAN dan DPM taakhi jemput sama2 sertai Hari Keluarga Damietta,pantau gerak kerja ad Hoc skit,tempah Nadi Mustaqbal,sediakan pengangkutan, dan sebagainya..

Lapar si sehari tak makan..makan snek2 je..nasi xmasuk gi..Pas ni ada arab wat jamuan,alhamdulillah rezeki2..

Friday, February 19, 2010

kembali

wah..lama siut xmnulis..biasalah sibuk skit..hehehe.padahal malas jer rasa nak menaip ni..huhuhu..kali ni aku nak kongsi satu citer la..Hari Kuarga nanti aku kena jadi pengarah la..ni pertama kali aku jadi Pengarah..belajar pelan2 lah..xpandai nak ngarah pon,just amik pengalaman orang dalam mngendali program.Nak cari pengalaman punya pasal ,aku pon terimalah pentaklifan ni..lagipon semua orang dah jadi pengarah program.kali ni aku xleh nak lari daa...sampai bila nak lari...lambat laun kena hadapi jugak..

inilah aku yang pengecut..malu pon ada,rasa xkompeden jer..tapi insyaAllah bila orang dah bagi kepercayaan kat aku,aku kenalah buat yang terbaik kerana Allah...Doa2kan lah semuanya berjaya..kecut aku..uuwaaa

Sunday, January 17, 2010

Baru jer tadi..


Alhamdulillah aku selamat menduduki peperiksaan kali ini..Mudah2an hari2 yang akan datang berjalan lancar..Soklan tafsir tadi memang separuh sedar jugak lah aku nak menjawabnya..Sedar2 waktu menjawab hampir tamat,ketika soalan hampir kesemua soalan aku dah jawab.ada jugak yang aku xdapat Jawab..Soklan kecik2 ni yg kadang kita terlepas pandang..aduhai..Usaha sudah,tawakal lah pula..InsyaAllah YAKIN2..Perjuangan perlu diteruskan..ada 3 Madah lagi jer nih..Minta2lah aku naik tahun hendaknya..Amin.Nak balik cepat2 lah..

Pasni aku nak tumpu study pakai buku lah..WAJIB baca semua ni..Yang selalu dok amal..baca bagi paham dalam peksa wat ayat sendiri jelah..Nak ngapal kitab 2 3ratus muka surat mau terbakar RAM aku nanti.huhuhu

Saturday, January 16, 2010

::Exam Tafsir::


Esok 17hb Januari 2010 detik yang ditunggu telah muncul..Bermulalah imtihan untuk Diriku dan Sahabat-sahabatku..Hatiku berasa takut dan risau untuk menghadapinya,tapi inilah sunnah orang berjuang ada ujiannye..Wah,risaunyer hati ni..Macam mana lah keadaan aku dalam dewan peksa esok..Jawab ngan tenangkah?menggelabahkah?garu kepala kah?termenung je ker..Ya Allah tenangkanlah HATIKU DAKU..Baca surah Al Insyirah banyak2..

Exam start 17 ,20,24,31 JANUARI 2010..doa2kanlah kita semua NAJAH yer..Biarlah semuanya berlalu dengan pantas..
MAK,AYAH,SAYANG..ABANG RISAU NI......

Thursday, January 14, 2010

Terkulai Cinta Internet..


PERINGATAN bersama buat ahli keluarga tersayang dan sahabat2..Terbaru,saya dapat link METRO daripada sahabat BLOGGER saya tentang penipuan ini..Internet tidak bermasalah kalu kita mencari cinta dan gunakan cara yang betul,landasan al quran dan as sunnah..Tetapi yang menjadi Masalah ada segelintir daripada umat Manusia menyalahgunakan internet akibatnya berlaku penipuan dan mengikut telunjuk hawa nafsu..

AWAS,awasi keluarga anda !!sila baca di sini : http://keluargamarkazislamic.blogspot.com/

Monday, January 11, 2010

:: STRATEGI ::

Salam..alhamdulillah..rancangan berjalan seperti yang dirancang..cuma perlu lebih berdisiplin dengan masa...hmmm.tadi nota balaghah dah siap separuh..xsampai separuh pun..tapi boleh la sikit2..

Dakwah plak lepas Tafsir..nak kena curi masa skit nk wat nota dakwah..ni malam ni ada kelas Balaghah..bagi paham skit..baru la pantas sikit nak wat NOTA dan lebih kepahaman..

Kali ni jadual tidur kena ubah..bangun awal pagi then buat nota..selalu tidur lewat malam..ye lah kan,takut time peksa dah terbiasa mau terlajak xmai exam plak..nauzubillah..huhuhu

Saturday, January 9, 2010

Nota Adab dah Siap..LAGI APA EK..


Alhamdulillah,akhirnya siap juga nota Adab aku..makan masa jugak lah..3 Hari baru siap.sakit belakang aku duduk lama2..huhuhu.Abis peksa nnt,dah berjaya barulah berehat yek..huhuhu.pandai jer cakap..Dialu2kan kpd kawan2 kalu berminat nk photostat..tapi nota ini bukanlah yang terbaik.Sekadar boleh la daripada xder..

Hmm,duk rancang2 ni exam seminggu lagi..nak wat nota apa lagi yer..BALAGHAH kot..then DaKWAH..huii,sempat xnie..byk tu..lagi kena wat latihan banyak2 FARAID dan Hafaz..TAFSIR MACAM MANA EK..PEKSA MULA2 TAFSIR..TAK SEMPAT NI NK WAT NOTA SUMA NI.KNA PLAN BAIK2,MASA DAH SUNTUK GLER..

:: MODUS OPERANDI::

OK,WAT NOTA BALAGHAH SETENGAH 10.1.2010..,

THEN TAFSIR 11.1.2010-13.1.2010
(14,15,16 START HAFAZ TAFSIR)

MANHAJ DAKWAH WAT NOTA PADA 11.1.2010-12.1.2010,KENA CURI MASA KAT SNI.
MULA HAFAZ MANHAJ PADA 18.1.2010 DAN 19.1.2010..

SAMBUNG NOTA BALAGHAH PADA 21.1.2010,HABISKAN.
HAFAZ ADAB PADA 22.1.2010
HAFAZ BALAGHAH PADA 23.1.2010

BUAT NOTA DAN LATIHAN FARAID SEHINGGA MAHIR.
EXAM AKHIR PADA 31.1.2010.

Thursday, January 7, 2010

Sup dan Daging Masak Merah


Tadi baru j pas masak utk ahli bait..Banyak ari gak aku xmasak utk diorang.huhuhu.sori ma..nnt aku masak plak yer.Nak wat mcm mna,Study group start cerah abis gelap..seharian suntuk ngadap muka sama ja..hahaha..
Mgkinlah ini namanya pngorbanan..korban masa,tenaga..ok xkisah lah tu.

Hari ni aku masak sup kosong dan daging masak merah..Sblm tu aku pi kedai dululah cari barang2 dapur skit dan bahan2 nk masak nnt.Aku ni biasalah budak yang paling tak rajin pi beli barang2 ni.kui3.Balik j rehat2 sat sambil makan strawberry.sedap tu..lama dah teringin makan..tunggu harga turun sekilo LE 3.50 baru beli.hahaha.
Nak tunjuk gambar xder lah..dah abis makan dah..kui3..alhamdullillah.Erm,arini aku masak Sup dan Daging Masak Merah.tah apa rasa lah..kali ni aku buat pedas gak lah.hehehe..Orang Melaka la katakan..Isteri aku jugak..

Pasal menu masakan aku rini isteri aku lah yg suh wat suh..sayang gak syg kat abg yer..huhuhu.Ye lah kan,aku selsema tak baik lagi nih.Exam xlama gi..tahun Lepas pun gtu gak.Demam2 aku jadinya.Kena Jelung kepala sendirilah..Cobaan.mudah2an aku sihat.amin3.

Teringat Hadis Rasulullah SAW "dua nikmat yang Manusia Sering lupa iaitu Sihat dan MAsa Lapang"

haaa,oleh itu hargailah MASA kita sebaiknya,isi dengan XTVT berfaedah.Takkan nak tidur jer..dah 22 tahun tidur xkan xpuas kan..hehehe.Cakap kat diri sendiri.
Ingatlah 5 perkara sblm 5 perkara :
1-Masa Muda sblm Tua
2-Masa Sihat sblm Sakit
3-Kaya sblm Miskin
4-Lapang sblm sempit
5-Hidup sblm Mati

Wallahu a'lam

Wednesday, January 6, 2010

Buat Nota


Hari ni aku cuba sekali lagi untuk buat nota.Kali aku buat nota Adab berpandukan soalan2 yang Doktor Kuliah bagi..Wat keja sambil ngadap laptop ni alang2 tulis skit Diari ni..Kawan2 yang lain mesti dah banyak study nie,jeles btul kat diorang.Apa lah yang aku xde tapi diorang ada?..kena korban masa banyak nih.

Buat nota sebenarnya usaha yang minimum tetapi hasil yang maksimum tau..mcm mana?
bayangkan buku yang beratus muka surat boleh diringkaskan dalam 10-15 muka surat.Ajaib!!sebab tu orang kata xmustahil kalu kita baca buku sampai 14 kali sebelum exam.Tapi apa yang penting kena la habis baca satu buku tu dulu dan paham.baru la mudah nak buat nota.

Nota xperlu kita hapal sangat,yang penting baca dan masukkan dalam fikiran dengan jelas mngikut bab2 dan pembahagian,then ingt kalimah2 yang menjadi kata kunci.Khasnya bahasa Arab.Sebab tu kefahaman penting,nnt dlm exam leh wat ayat sendri.

Teringat kata2 Motivasi.Selagi kita xmasuk Dewan peperiksaan kita masih sempat..Oleh itu apa yang ditunggu.moh ler kite..hehehe

Nafas Baru


Alhamdulillah,baru je tadi ahli bait aku tunjuk contoh soalan BALAGHAH dan ADAB.Baru la jelas skit macam mana bentuk soalan-soalan yang bakal ditanya nanti..Syukur.Mudah2an ini menjadi titik permulaan utk aku terus melipatgandakan usaha yang sedia ada ini.Tidur dah terlebih cukup,usaha jer xcukup lagi..xleh jadik nih.Gambatte kudasai!!!

Tuesday, January 5, 2010

xleh tidur..sakitnya hidung..

Wah,dah dekat kul 5 pagi dah upenyer..!alang2 solat subuh terus lah..Tadi member pesan musim sejuk ni kena makan byk Vitamin C.aku pun pi la cari kat Klinik..VITACID C..xmurah jugak lah.LE6 sekotak..Tisu pun aku sambar jgk sbb tisu kat umah dah abis.hahaha..dok sok seh sok seh je..adeh..

oh,dah subuh..jom kejut ahli Bait semua bgn solat..JOM!!

eXAM 17 Januari 2010


exam xlama lagi nih..selsema la pulak..ish3...mintak2 lah exam nnt aku sihat wal afiat.amin2..
nak baca buku nih..banyak lagi xbaca ni..nota xwat gie..bagaimana ya..?fikir2..